Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Selasa, November 27, 2012

Naskhah 26-Ingatan

Assalamualaikum.....




[*3:133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;

[*3:134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[*3:135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)

[*3:136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

*3-Surah Ali Imran

oh..oh..cepat-cepat lah bertaubat wahai diri!

Khamis, November 22, 2012

Naskhah 25 - Hidup ini untuk Dia, bukan untuk dia

Assalamualaikum......






Cuma catatan pendek..
untuk motivasi diri sendiri...

                        Jika anda pernah berbuat kebaikan,
                        lupakan ia,
                        jika orang buat jahat pada anda?
                        lupakan juga.
   
                                                      Mahu jadi seperti malaikatkah?
                                                      bukan,
                                                      cuma ingin jadi hamba Dia,
                                                      hambaNya yang ikhlas.
                                                      ikhlas masa memberi,
                                                      ikhlas bila menerima.

                                                      Jangan berharap pada balasan dari manusia,
                                                      sebab yang gerakkan hati dia hanya Dia.
                                                      Jangan juga putus asa dengan Dia,
                                                      kerana perbuatan dia.
      
                        Pada sesiapa sahaja,
                        yang dekat,
                        yang jauh juga......

*....Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu....
(al-Qasas;28:77)

*Moga Allah kurniakan sabar pada saya dan awak...

*Ini bukan puisi, cuma monolog hati menasihati diri...

Isnin, Oktober 29, 2012

Naskhah 24 - Alhamdulillah,moga jadi anak-anak yang solehah

Assalamualaikum...

 Alhamdulillah, setelah 5 lelaki,bertambah sudah 1+1 cucu perempuan untuk ibu

Sarah Zulaikha


Auni Husna

Tidak apapun, lelaki atau perempuan...Moga-moga Allah tambahkan kecintaan kami kepadaNya dan Nabi Muhammad s.a.w atas kelahiran mereka.amin.

Isnin, Mei 21, 2012

Naskhah 23 - 'Versatile'lah sikit!

Assalamualaikum.......

Kian lama semakin ramai artis-artis baru meramaikan industri hiburan Malaysia. Setiap manusia ingin mengejar yang terbaik jika tidak pun kesempurnaan. Sebahagian dari artis-artis ini ada yang mendalami cara-cara melakukan aksi lasak, belajar berbahasa asing, membuat latihan stamina, mempelajari pencak silat atau seni mempertahankan diri yang lain, menjadikan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang ini sebagai ikutan cara bekerja, menonton filem-filem berkaitan berulangkali sebagai satu ulangkaji, dan seribu macam cara untuk menjadikan diri mempunyai nilai tambah. Malah ada yang menambah berat badan atau sebaliknya hanya untuk memenuhi tuntutan watak yang ingin dilakonkan. Semua ini dijadikan sebagai platform untuk mereka melangkah kehadapan dalam bidang ini.

Begitupun, sebahagian tuntutan watak tidak pula dijadikan sebagai sesuatu yang harus di ambil berat dan dipelajari. Dalam keghairahan mereka mencipta kehebatan dan kejayaan di dalam bidang ini, tuntutan-tuntutan yang kebanyakannya juga tuntutan agama diabaikan begitu sahaja. Kadang-kadang apabila tiba 'scene' yang memerlukan si pelakon membaca al-Qur'an, menjadi Muslim yang sejati atau yang berkaitan, kelemahan itu lebih sering tertonjol. Ada yang memperlihatkan pelakon mengadap al-qur'an tetapi dengan bacaan yang didendangkan oleh orang lain. Atau apabila si pelakon diberi watak sebagai Muslim sejati, tetapi lebih sering apa yang dipaparkan menjadi sebaliknya. Tidak dinafikan faktor pengarahan terkait di sini, tetapi hasil akhir kepada setiap lakonan selalunya tergantung kepada si pelakon. Apa yang dibimbangi ialah kelemahan-kelemahan ini bukan sahaja 'dilakonkan' tetapi rupanya ia benar-benar manifestasi kehidupan sebenar pelakon.

*Itu belum lagi yang tersasul dan 'tak berniat'.

~Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (96:1)
~Dia menciptakan manusia dari sebuku darah yang beku (96:2)
~Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah (96:3)
~Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (96:4)
~Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (96:5)
(Sural al-'Alaq)

~...maka bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya (21:7)
(Surah al-Anbiya')

~Dari Anas bin Malik r.a katanya; Rasulullah s.a.w bersabda :
Menuntut ilmu itu wajib keatas setiap muslim

Isnin, Januari 09, 2012

Naskhah 22

Assalamualaikum

Tiba-tiba saya mula rasa nak tulis sajak semula.(*_*)v
Sajak ni saya tulis bila, soalan 4 dah habis saya jawab(agaknyalah) untuk kertas PIL I. Tinggal 20 minit, inilah hasilnya. Bolehlah, tapi ayat karat-karat juga.:-)
dan macam biasa, sajak saya jarangnya ada tajuk:-D

Padahal dalam resah itu,
selalu ku punyai bahagia,
pada nikmatnya diuji,
pada nikmatnya meminta pada Sang Pemurah.

Resah itu,
sering pula,
jadikan aku orang yang berpunya,
pada ketika aku tak punya.

Resah itu,
sering juga,
jadikan aku ramai,
pada ketika aku seorang.

Dia tak pernah menyempitkan,
sedang ia luas.

[AIKOL MM 3.2(5:25ptg)]

*PIL I-Public International Law I