Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Isnin, Mei 21, 2012

Naskhah 23 - 'Versatile'lah sikit!

Assalamualaikum.......

Kian lama semakin ramai artis-artis baru meramaikan industri hiburan Malaysia. Setiap manusia ingin mengejar yang terbaik jika tidak pun kesempurnaan. Sebahagian dari artis-artis ini ada yang mendalami cara-cara melakukan aksi lasak, belajar berbahasa asing, membuat latihan stamina, mempelajari pencak silat atau seni mempertahankan diri yang lain, menjadikan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang ini sebagai ikutan cara bekerja, menonton filem-filem berkaitan berulangkali sebagai satu ulangkaji, dan seribu macam cara untuk menjadikan diri mempunyai nilai tambah. Malah ada yang menambah berat badan atau sebaliknya hanya untuk memenuhi tuntutan watak yang ingin dilakonkan. Semua ini dijadikan sebagai platform untuk mereka melangkah kehadapan dalam bidang ini.

Begitupun, sebahagian tuntutan watak tidak pula dijadikan sebagai sesuatu yang harus di ambil berat dan dipelajari. Dalam keghairahan mereka mencipta kehebatan dan kejayaan di dalam bidang ini, tuntutan-tuntutan yang kebanyakannya juga tuntutan agama diabaikan begitu sahaja. Kadang-kadang apabila tiba 'scene' yang memerlukan si pelakon membaca al-Qur'an, menjadi Muslim yang sejati atau yang berkaitan, kelemahan itu lebih sering tertonjol. Ada yang memperlihatkan pelakon mengadap al-qur'an tetapi dengan bacaan yang didendangkan oleh orang lain. Atau apabila si pelakon diberi watak sebagai Muslim sejati, tetapi lebih sering apa yang dipaparkan menjadi sebaliknya. Tidak dinafikan faktor pengarahan terkait di sini, tetapi hasil akhir kepada setiap lakonan selalunya tergantung kepada si pelakon. Apa yang dibimbangi ialah kelemahan-kelemahan ini bukan sahaja 'dilakonkan' tetapi rupanya ia benar-benar manifestasi kehidupan sebenar pelakon.

*Itu belum lagi yang tersasul dan 'tak berniat'.

~Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (96:1)
~Dia menciptakan manusia dari sebuku darah yang beku (96:2)
~Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah (96:3)
~Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (96:4)
~Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (96:5)
(Sural al-'Alaq)

~...maka bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya (21:7)
(Surah al-Anbiya')

~Dari Anas bin Malik r.a katanya; Rasulullah s.a.w bersabda :
Menuntut ilmu itu wajib keatas setiap muslim