Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Khamis, Oktober 06, 2011

Naskhah 21 - Menuju dunia hadapan

Assalamualaikum....

Mencanai semua yang kita terima supaya dapat membentuk hasil yang baik bukanlah mudah. Saya selalu percaya keadaan sekeliling boleh memberi kesan yang besar ataupun 'movement factor' dalam hidup seseorang. Apa yang kita baca, tonton, pelajari, dan lalui dalam hidup sehari-hari boleh membentuk pendirian kita di masa-masa akan datang. Saya masih belum mahu bincangkan faktor perubahan dari dalam diri, memandangkan idea Tun Dr Mahathir tentang filem mistik baru-baru ini lebih menjadi perhatian.

Oleh kerana ramai manusia yang lebih sukakan keuntungan zahir (sudah tentulah kerana ianya zahir dari yang tersirat), maka manusia kebanyakannya ada 'tendency' yang besar untuk menggunakan yang zahir dan pantas juga untuk mencapai hasrat ini. Maka selalulah terjadi, apa yang sensasi, cinta, mistik, dan semua yang mudah-mudah itu menjadi isu atau tema sesuatu 'karya'. Kerana itu yang mudah menarik orang untuk mengikuti 'karya' mereka. Dalam erti kata lain, lebih mudah nak buat untung dengan 'karya-karya' begini. Padahal apa yang penting ialah memberi masyarakat apa yang perlu untuk mereka, bukan memberi apa yang masyarakat inginkan.

*Teringat tentang perjuangan Muhammad Ali di Mesir selama 10 tahun selepas penjajahan Perancis. 'Memaksa' manusia untuk jadi bijak tidak mudah, tapi ia bukanlah mustahil.

Rabu, Ogos 17, 2011

Naskhah 20 - Catatan Hujung

Assalamualaikum....

Sudah hari yang ke-17 ramadhan untuk tahun ni, 1432 Hijrah. Ini catatan hujung untuk 2-3 fasa dalam hidup saya. Saya rasa tak akan sempat menulis lagi sebelum melangkah ke fasa-fasa itu, jadi saja saya tajukkan ini dengan "Catatan Hujung". Bersabar menuju masa hadapan, saya harap masih dengan bekal iman. Berdebar-debar juga menunggu tarikh 23/8/2011, boleh juga macam satu pengesahan untuk yang sebelum ni.

Saya rasa yang ini macam pemanas untuk yang akan datang. Duduk diam-diam begini, semuanya jadi kurang dan membeku menuju sifar. Apapun doakan saya dan suami yang sedang-sedang menuju dunia baru, insyaAllah dengan mudah, dengan bantuan Allah tentunya.
:-)

Ahad, Mei 22, 2011

Naskhah 19-Neraca Pilihan





"Dalam hidup, suka ataupun tidak itu bukan isu utama; sekiranya suka ataupun tidak itu menjadi isu utama, pasti sudah ramai yang memilih-milih aturan agama yang mereka suka, manakala aturan agama yang tidak mereka suka kerana menyekat nafsu,mereka tinggalkan dan pijak-pijak."


Petikan daripada buku Penulis Yang Disayang Tuhan tulisan Bahruddin Bekri terbitan PTS Litera Utama Sdn Bhd.