Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Sabtu, November 23, 2013

Naskhah 32 - Buka akaun dan daftar haji untuk Amin

Assalamualaikum.....

Masa kecil-kecil dulu, ayah dengan ibu dah bukakan akaun tabung haji untuk semua adik-beradik yang 8 orang tu. Kalau tidak silap, ayah dengan ibu peruntukkan RM10 setiap bulan untuk setiap anak, mungkin kecil tetapi besarnya jasa diaorang di mata saya. Oleh kerana itu, kami juga ada tabung masing-masing yang berbentuk bangunan HQ tabung haji macam gambar kat bawah ni. Masuk jarang, tetapi keluar selalu.hihihi. Jadi selalulah duit raya atau duit hadiah yang kami dapat, ibu akan catatkan jumlah masing-masing, kemudian depositkan dalam akaun tabung haji masing-masing. Kalau belum umur 18 tahun, akaun nama penjaga, mak ayah kitalah maksudnya. Dah capai 18 tahun, barulah kita boleh tukar nama sendiri dan uruskan sendiri. Kira dah besarlah.


Tahun 1999, masa humaira yang bongsu umur 4 bulan lebih kurang, ayah ibu terpilih tunaikan haji, masa tu kak long, dan 2 lagi abang tinggal di asrama. Kami 5 orang yang belum bersekolah asrama, tinggal di rumah dijaga oleh mak long dan pak long. Saya sendiri ketika itu, baru di tahun tiga. Sedih juga bila dikenangkan kerana kami meraikan aidiladha tanpa ibu dan ayah buat pertama kali! Tapi alhamdulillah ramai yang membantu kami ketika itu. Semenjak itu, idea pergi haji waktu muda dan tengah sihat selalu ibu ulang-ulangkan pada kami.

Jadi bila Amin lahir, saya juga teruja nak buat macam ibu dan ayah. Semua duit yang Amin dapat sejak lahir, kami akan depositkan ke dalam akaun tabung haji Amin yang kami buka sekitar 4 bulan umur dia. Mudah sahaja, kita cuma perlu membawa MyKid atau sijil kelahiran dan MyKad salah seorang ibu bapa untuk membuka akaun. Sekarang lagi, Tabung Haji membenarkan akaun dibuka dengan jumlah dposit serendah RM2. Malah yang lebih memudahkan, sekarang pendaftaran akaun dan haji boleh dilakukan di Bank Islam dan Bank Rakyat.  Kemudian kalau dah ada akaun kita juga boleh depositkan duit melalui Cash Deposit di bank-bank ini tanpa perlu menunggu lama di Tabung Haji (untuk pengetahuan, semua urusan di Tabung Haji adalah secara urusan di kaunter dan tiada urusan yng boleh dilakukan secara elektronik seperti di bank-bank lain). Saya juga ada dengar, kini, Maybank juga ada menawarkan perkhidmatan urusan berkaitan tabung haji.

Alhamdulillah, jumlah minima untuk daftar haji dalam akaun Amin tercapai masa 10 bulan, tapi saya cuma sempat daftarkan haji dalam bulan 1, 2013, lebih kurang 2 hari Amin nak cukup setahun. Jumlah minima untuk pendaftaran ialah RM1 300. Pendaftaran boleh dilakukan di Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank sama seperti untuk pembukaan akaun. Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian atau online di laman web Tabung Haji atau laman web Kerajaan Malaysia. Mudah betul kan?

Amin dapat tahun peruntukan pada 2057 atau 1478 hijrah, lebih kurang umur dia 45 tahun. Walaubagaimanapun, jika berdasarkan kekosongan dan beberapa faktor yang lain, TH boleh mempercepatkan giliran atau menangguhkan giliran kita.



Nota penting ni tercatat di bahagian bawah kertas yang kita dapat bila daftar haji. Saya qoute kan balik;

"Memperoleh kuota adalah termasuk dalam bab istito'ah (kemampuan) yang merupakan salah satu syarat wajib haji"

Ha, jangan main-main. Jadi, kalau anda hendak penuhkan syarat wajib haji anda, selain mampu dari segi kewangan, anda juga perlu mendaftar haji di TH. Walaubagaimanpun jika anda mampu menunaikan haji melalui pakej syarikat swasta dan berniat untuk menunaikannya melalui pakej mereka, perkara di atas adalah tidak diwajibkan.

Moga-moga Allah beri kami kesempatan dan kesihatan untuk menunaikan haji yang mabrur di Baitullah.amin


Khamis, Ogos 29, 2013

Naskhah 31 - Sebuah Pertanyaan


Assalamualaikum....

Beberapa masa yang lalu, saya menaiki komuter menuju ke Kajang. Bertentangan dengan saya ialah sebuah keluarga; dengan 2 ank perempuan dan seorang anak lelaki. Anggaran saya, mereka berumur dalam lingkungan 2-9 tahun. Mereka keletah dan amat mesra, juga comel. Apa yang menarik,  si anak lelaki bertanya kepada ayahnya berkenaan gambar di atas, "Ayah, sumbang tu apa?". Ayahnya terdiam kemudian menjawab, "Cium-cium" dan menambah, "Nanti abang besar, abang boleh tau,".

'Curiosity'

Anak-anak yang sedang membesar penuh dengan pelbagai pertanyaan. Mereka menemui bermacam-macam perkara baru setiap masa ditambah sifat ingin tahu mereka yang masih tinggi. Sebagai seorang ibu bapa, menjadi perkara yang penting untuk memenuhi atau menggalakkan sifat ini dalam diri anak-anak. Kita perlu sentiasa bersedia untuk menjawab 'kuiz-kuiz spontan' begini. Dengan pelbagai pertanyaan yang tak terjangka seperti di atas, atau ; "di mana Allah tinggal" dan "kenapa adik duduk dalam perut ibu" dan pelbagai lagi, kita sangat perlu bersedia dari segi pengetahuan dan cara untuk menyampaikannya. Jika tidak di ambil perhatian hal persediaan ini,  maka muncullah jawapan semberono atau terus memarahi anak supaya diam dan jangan lagi bertanya 'macam-macam' memalukan kita.

Saya juga terkejut dengan pertanyaan anak lelaki tersebut dan menunggu-nunggu jawapan dari ayahnya ketika itu. Bila difikirkan kembali, saya juga tidak pasti apa yang saya hendak jawab jika ditanya oleh anak seperti itu. Jika anda, apa yang anda hendak katakan, bila anak bertanya, "Ayah, sumbang tu apa?"

KL Sentral-Kajang, 2013

Jumaat, April 12, 2013

Naskhah 30 - Untuk akan datang (Amin and the Books)

Assalamualaikum......

Bulan lalu ada Bookxcess di KAED Gallery. Saya ambil kesempatan untuk beli buku yang Amin boleh baca. Sebelum-sebelum ni saya cuma belikan untuk Amin buku yang lembut, sebab Amin suka gigit semua benda yang ada di tangan. Jadi kali ni saya nak Amin belajar cara menggunakan buku. Oh, abaikan cara amatur mengambil gambar...Yang penting seronok tengok amin selak buku seolah-olah faham apa yang dia sedang buat :-)



suasana pukul 2 di KAED Gallery, tak berapa ramai mungkin sebab ada kelas






ini bukunya :-)



Amin dengan buku sebelum tidur





main lagi.....


eh, kenapa dah jadi mcm ni?????


semangat selak walaupun terbalik...hehe









yeaaay, dapat buku baru!

Rabu, April 03, 2013

Naskhah 29 - Sesal (unnumbered)


Angin biasa,

Bias rasa seputar beliung,

Gelap ini yang paling kelam,

Oh, hati yang takut,

Tenteramkanlah,

Untuk aku yang selalu berdosa,

Tunjukkanlah,

Untuk taubat yang tak sungguh,

Ampunkanlah

Untuk kelam mulut menyebut namaMu sepenuh hati,

Pohon hidayahMu

Ampunkanlah ya Allah

Untuk taubat yang tak sungguh,

Untuk dosa yang berulang datang tak pergi.

2230-02042013

Sabtu, Mac 02, 2013

Naskhah 28 - Ila aina; jika tidak kepadaNya?





[*81:25] Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang kena rejam. 

[*81:26] (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

[*81:27] Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam

[*81:28] Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.

[*81:29] Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

*Surah at-Takwir

Selasa, Februari 19, 2013

Naskhah 27 - Benarlah yang sedemikian itu...

"Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu,
dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham,
dan tiada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian"