Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Isnin, Mei 30, 2016

Naskhah 36 - Buku Tuan Direktur oleh Hamka

gambar ambil dari cik google
Assalamualaikum....

Mungkin ramai yang dah baca buku ini. Tapi, saya baru sahaja dapatkan tahun lepas setelah berkali-kali baca petikan-petikan dari buku ini yang dikongsi sahabat FB yang memang peminat tegar tulisan Hamka.

Buku ini ringkas sahaja cerita dia. Mungkin kalau dilihat keseluruhan, boleh dikatakan ceritanya biasa sahaja. Tapi membaca gaya tulisan Hamka, ia jadi luar biasa. Saya sudah agak lama mogok membaca sebab susah nak cari buku yang betul-betul menggugah perasaan teruja tu (bagi sayalah). Perkataan yang mula-mula saya beritahu pada adik saya selepas membaca satu halaman buku ini ialah, "Memang menghidupkan deria rasa!" Hahaha. Anda tahu perasaan bila kita membaca satu buku yang best, kita jadi tak nak habiskan baca buku tu cepat-cepat? Ha, itulah yang saya rasa.

Hamka jadikan cerita biasa ini buat saya merenung kembali. Ada pengajaran tentang orang yang dahulunya susah, kemudian berjaya dan jadi penindas pula pada orang yang susah, ada tentang orang yang walaupun dah berjaya, tetapi masih rasa kekurangan dan akhirnya memilih untuk hidup biasa-biasa dengan mempelajari agama dan berbakti pada orang lain. Dan ada lagi yang lain.

Baca buku ni juga jadikan saya termotivasi balik untuk menulis. Bagi saya buku yang baik, antaranya ialah buku yang dapat memberi 'perasaan' kepada pembacanya. Selain itu, buku ini juga buat kita melihat-lihat balik hidup kita. Apa yang memang dah baik dan perlu disyukuri dan mana-mana yang perlu diubah jadi lebih baik. Melihat balik benda yang dekat dengan kita tapi selalu kita lupa untuk ambil pelajaran.

InsyaAllah akan datang saya tulis tentang buku Hamka yang lagi satu, Merantau ke Deli. Menangis-nangis saya baca buku ni tahu!

Sekian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan