Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Khamis, Ogos 29, 2013

Naskhah 31 - Sebuah Pertanyaan


Assalamualaikum....

Beberapa masa yang lalu, saya menaiki komuter menuju ke Kajang. Bertentangan dengan saya ialah sebuah keluarga; dengan 2 ank perempuan dan seorang anak lelaki. Anggaran saya, mereka berumur dalam lingkungan 2-9 tahun. Mereka keletah dan amat mesra, juga comel. Apa yang menarik,  si anak lelaki bertanya kepada ayahnya berkenaan gambar di atas, "Ayah, sumbang tu apa?". Ayahnya terdiam kemudian menjawab, "Cium-cium" dan menambah, "Nanti abang besar, abang boleh tau,".

'Curiosity'

Anak-anak yang sedang membesar penuh dengan pelbagai pertanyaan. Mereka menemui bermacam-macam perkara baru setiap masa ditambah sifat ingin tahu mereka yang masih tinggi. Sebagai seorang ibu bapa, menjadi perkara yang penting untuk memenuhi atau menggalakkan sifat ini dalam diri anak-anak. Kita perlu sentiasa bersedia untuk menjawab 'kuiz-kuiz spontan' begini. Dengan pelbagai pertanyaan yang tak terjangka seperti di atas, atau ; "di mana Allah tinggal" dan "kenapa adik duduk dalam perut ibu" dan pelbagai lagi, kita sangat perlu bersedia dari segi pengetahuan dan cara untuk menyampaikannya. Jika tidak di ambil perhatian hal persediaan ini,  maka muncullah jawapan semberono atau terus memarahi anak supaya diam dan jangan lagi bertanya 'macam-macam' memalukan kita.

Saya juga terkejut dengan pertanyaan anak lelaki tersebut dan menunggu-nunggu jawapan dari ayahnya ketika itu. Bila difikirkan kembali, saya juga tidak pasti apa yang saya hendak jawab jika ditanya oleh anak seperti itu. Jika anda, apa yang anda hendak katakan, bila anak bertanya, "Ayah, sumbang tu apa?"

KL Sentral-Kajang, 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan