Halaman

Latar Blog

Asmaul Husna

Khamis, Oktober 06, 2011

Naskhah 21 - Menuju dunia hadapan

Assalamualaikum....

Mencanai semua yang kita terima supaya dapat membentuk hasil yang baik bukanlah mudah. Saya selalu percaya keadaan sekeliling boleh memberi kesan yang besar ataupun 'movement factor' dalam hidup seseorang. Apa yang kita baca, tonton, pelajari, dan lalui dalam hidup sehari-hari boleh membentuk pendirian kita di masa-masa akan datang. Saya masih belum mahu bincangkan faktor perubahan dari dalam diri, memandangkan idea Tun Dr Mahathir tentang filem mistik baru-baru ini lebih menjadi perhatian.

Oleh kerana ramai manusia yang lebih sukakan keuntungan zahir (sudah tentulah kerana ianya zahir dari yang tersirat), maka manusia kebanyakannya ada 'tendency' yang besar untuk menggunakan yang zahir dan pantas juga untuk mencapai hasrat ini. Maka selalulah terjadi, apa yang sensasi, cinta, mistik, dan semua yang mudah-mudah itu menjadi isu atau tema sesuatu 'karya'. Kerana itu yang mudah menarik orang untuk mengikuti 'karya' mereka. Dalam erti kata lain, lebih mudah nak buat untung dengan 'karya-karya' begini. Padahal apa yang penting ialah memberi masyarakat apa yang perlu untuk mereka, bukan memberi apa yang masyarakat inginkan.

*Teringat tentang perjuangan Muhammad Ali di Mesir selama 10 tahun selepas penjajahan Perancis. 'Memaksa' manusia untuk jadi bijak tidak mudah, tapi ia bukanlah mustahil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan