[*81:25]
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang kena rejam.
[*81:26]
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
[*81:27]
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam
[*81:28]
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
[*81:29]
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
*Surah at-Takwir